Wednesday, 17 February 2016
Tuesday, 16 February 2016
HARI CHAP GOH MEI
Hari Chap Goh Mei
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
SUMBER DARI : ms.wikipedia.org
PESTA PONGGAL
PESTA PONGAL
Perkataan பொங்கல் (Pongal) adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai (தை) mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.
Di awal pagi, saya dan adik-adik akan mengemas rumah, manakala emak akan menghiasi rumah dengan kolams (hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan) di pagi Hari Pongal. Kolams dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Seterusnya, bapa akan mengikat tebu dan daun mangga di pintu rumah bagi menceriakan suasana. Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu.
Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolams. Pada masa yang sama, beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna Kum Kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula.
Hari Pertama – என்றொரு (Bhogi)
‘Bhogi’ ialah hari Dewa Awan dan Hujan bagi menandakan permulaan hari penting dalam kehidupan masyarakat India. Kami akan membersihkan dan menghias rumah dengan corak dan bunga. Sebelum matahari terbit, bapa akan membuat unggun api besar dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lusuh dan lama bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk yang datang kepada keluarga kami.
‘Bhogi’ ialah hari Dewa Awan dan Hujan bagi menandakan permulaan hari penting dalam kehidupan masyarakat India. Kami akan membersihkan dan menghias rumah dengan corak dan bunga. Sebelum matahari terbit, bapa akan membuat unggun api besar dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lusuh dan lama bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk yang datang kepada keluarga kami.
Hari Kedua – தைப்பொங்கல் (Thai Pongal / Surya Pongal)
Dikenali sebagai Thai Pongal, iaitu hari untuk Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்) bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap dengan perayaan hari Thaipongal. Upacara yang dilakukan ialah memasak beras yang dituai bersama susu lembu sehingga melimpah dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Pongal dalam bahasa Tamil. Pongal bermakna ‘melimpah-ruah’ yang menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu sedang mendidih, kami sekeluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Pongal-O-Pongal' sebanyak tiga kali semasa susu mengalir keluar. Upacara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Dewa Matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Belanga, susu, beras, tebu, daun pisang, kelapa serta tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi adalah antara bahan-bahan wajib untuk hidangan istimewa pada hari perayaan ini.
Dikenali sebagai Thai Pongal, iaitu hari untuk Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்) bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap dengan perayaan hari Thaipongal. Upacara yang dilakukan ialah memasak beras yang dituai bersama susu lembu sehingga melimpah dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Pongal dalam bahasa Tamil. Pongal bermakna ‘melimpah-ruah’ yang menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu sedang mendidih, kami sekeluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Pongal-O-Pongal' sebanyak tiga kali semasa susu mengalir keluar. Upacara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Dewa Matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Belanga, susu, beras, tebu, daun pisang, kelapa serta tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi adalah antara bahan-bahan wajib untuk hidangan istimewa pada hari perayaan ini.
Hari Ketiga – மட்டு (Hari Mattu)
Hari மட்டு (Mattu) adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Masyarakat kami percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia dimana pengembala sangat berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka juga akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan Pongal dan loceng diikat di leher.
Hari மட்டு (Mattu) adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Masyarakat kami percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia dimana pengembala sangat berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka juga akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan Pongal dan loceng diikat di leher.
Hari Keempat – காணும் பொங்கல் (Kaanum Pongal)
Hari terakhir Pongal dikenali sebagai ‘Kaanum Pongal’ iaitu hari istimewa untuk wanita dan hari merapatkan hubungan. Pada hari terakhir, nenek saya akan bangun awal pagi untuk menyapu kunyit dan melumurkan minyak bijan di rambut kepada emak, makcik-makcik serta semua adik-beradik perempuan saya. Selepas mandi minyak bijan, semua perempuan akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burung-burung. Bagi yang sudah berkahwin, mereka akan berdoa untuk keluarga yang sihat. Manakala saya dan adik-adik akan berdoa untuk perkahwinan yang bahagia akan datang. Setelah selesai semua, kami sekeluarga akan memberi penghormatan kepada nenek atau orang-orang yang lebih tua di rumah untuk mendapatkan restu sebelum keluar melawat rumah saudara terdekat serta rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan dihidangkan dengan makanan tradisi seperti 'vadaas’, ‘payasam’ (பாயசம்) dan keledek.
Hari terakhir Pongal dikenali sebagai ‘Kaanum Pongal’ iaitu hari istimewa untuk wanita dan hari merapatkan hubungan. Pada hari terakhir, nenek saya akan bangun awal pagi untuk menyapu kunyit dan melumurkan minyak bijan di rambut kepada emak, makcik-makcik serta semua adik-beradik perempuan saya. Selepas mandi minyak bijan, semua perempuan akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burung-burung. Bagi yang sudah berkahwin, mereka akan berdoa untuk keluarga yang sihat. Manakala saya dan adik-adik akan berdoa untuk perkahwinan yang bahagia akan datang. Setelah selesai semua, kami sekeluarga akan memberi penghormatan kepada nenek atau orang-orang yang lebih tua di rumah untuk mendapatkan restu sebelum keluar melawat rumah saudara terdekat serta rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan dihidangkan dengan makanan tradisi seperti 'vadaas’, ‘payasam’ (பாயசம்) dan keledek.
Bersama Auntie Kamala (kiri), Vani (dua dari kanan) dan Suvitra (kanan) semasa menyambut Hari Pongal di kampung tahun lepas.
SUMBER DARI : RATHNAH KUNALA(1MALAYSIA.com)
THAIPUSAM
Hari Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Isi kandungan
[sorokkan]Tujuan[sunting | sunting sumber]
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyeksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhanmata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia[sunting | sunting sumber]
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Di George Town, Pulau Pinang ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani.
Di Ipoh, negeri Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong, Ipoh.
Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.
Perbandingan Malaysia dan India[sunting | sunting sumber]
Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia sejak abad pertama, sebelum digantikan dengan Islam. Ia kembali bertapak pada zaman penjajahan British seawal 1786 dengan kedatangan oleh buruh-buruh ladang termasuk di Pulau Pinang. Di ladang-ladang, kuil-kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah begitu besar. Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang, Seremban, Johor Baharu,Kuala Lumpur dan lain-lain.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.
Cuti[sunting | sunting sumber]
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008,Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum. Kedah menjadikan Thaipusam sebagai cuti peristiwa. [3]
SUMBER DARI : ms.wikipedia.org
HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha هاري راي عيد الأضحى | |
---|---|
Diraikan oleh | Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim |
Jenis | Perayaan agama |
Kepentingan | Memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s.untuk menyembelih anaknyaNabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepadaAllah SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan. Petanda berakhirnya musim Hajike Makkah. |
Tarikh | 10 Zulhijjah |
Sambutan | Penukaran kelambu Kaabah (Kiswah) pada 9 Zulhijjah, Menghias rumah, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, jamuan makan, memberi hadiah, memakan pakain baharu lagi bersih, balik kampung |
Amalan | Solat, mengadakan ibadah korban iaitu menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrikdengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT. Binatang yang dibolehkan korban ialah unta,lembu, kerbau, kambing dankambing biri-biri (kibas). Memberi 1/3 daging kurban kepada jiran tetangga, sahabat handai dan sedekahkan 1-3 bahagian daging kurban atau lebih kepada orang miskin, fakir dan yang memerlukan. Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua bahagian tubuh dari haiwan sembelihan tidak boleh dibuat jual beli kembali atau bahan untuk urusniaga. |
Berkaitan dengan | Haji, Umrah & Hari Raya Aidilfitriiaitu perayaan umat Islam lain yang disambut 70 hari sebelumnya. |
sunting |
|
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepaskhatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis[sunting | sunting sumber]
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]
PERAYAAN TADAU KAAMATAN
Perayaan Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans / Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'.
Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
SUMBER DARI : PROJEKSIVIK.TING 4
SELAMAT HARI GAWAI
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Subscribe to:
Posts (Atom)